Pages

Roti Jala & Pengat Durian

pengat durian

roti jala & pengat durian

Durian Pengat


BAHAN - BAHAN (PENGAT DURIAN):
2kg isi durian
200gm gula pasir
1 liter santan
2 helai daun pandan - diikat
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN - BAHAN (ROTI JALA):
500gm tepung gandum
2 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:
1 Pengat durian: Masukkan kesemua
bahan pengat ke dalam periuk. Kacau
rata di atas api perlahan sehingga pekat
dan mendidih.
2 Didihkan hingga separuh pekat.
3 Sedia untuk dihidangkan.
4 Roti Jala: Bancuh kesemua bahan roti
di dalam mangkuk.
5 Adun hingga rata dan pekat.
6 Bila sudah sebati, kiraikan di atas kuali
leper dengan menggunakan acuan roti
jala. Balik-balikkan dan angkat. Lakukan
sehingga adunan habis.
7 Sedia dihidangkan bersama pengat
durian tadi.



roti jala

bahan-bahan
- tepung gandum ( 4 cawan - around 10-20 rolls roti jala)
- telur (2 biji)
- susu sejat cair
- esen vanilla/sweet corn
- garam


cara-cara
1. masukkan 4 cawan tepung gandum.(buat macam bukit, atas puncak bukit tuh, kuis biar jadi ala-ala lorong volcano). masukkan 2 biji telur kat tengah tuh. supaya bila kacau akan sebati.
2. masukkan separuh susu sejat cair daripada tin. gaul hingga sebati. if tak cukup, masukkan susu lagi bagi warna kuning pekat sikit.
3. tambah air sikit demi sikit (supaya tak pekat sangat). gaul hingga sebati.
4. masukkan sikit esen vanilla/ sweet corn. jangan lupa letak garam sikit.
5. gaul sampai sebati. siap! panaskan frying pan, sapu minyak dengan gunakan daun pandan (supaya wangi).



No comments:

Post a Comment