Agar-Agar Merah Lapis

Agar-agar merah

Agar-agar merah

Agar-agar merah


1
agar-agar yang paling senang nak buat...
kat sini sha tempekkan ler resepi simple sha style..
resepi kat bawah ni semua yang separuh je yer..buat sikit je..so kalo ada yang nak try untuk 35 gm tu pandai2 la double kan bahan2nya..ooooppppsssss..lupa plak..sha punya agar2 ni memang manisnya yang ado je yer..almaklum la..sha skang tengah diet control 4 sugar..sebab dah kena diabetic awal2 peknen ni..kalo korang nak buat ejas la sikit tahap kemanisan tu yer...
cik abang sha pon cakap tawar..hehehe..tapi bagi tekak sha ok la..ada rasa gula..demi kesihatan..apa salahnya...kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman

bahan-bahan:

20gm agar-agar tali
1300 liter air
5 sb gula pasir
1 helai daun pandan-disimpul
pewarna merah secukupnya

cara-cara:

1)masukkan air kedalam periuk bersama agar2 tali tadi bersama daun pandan..masak biarkan mendidih dan agar2 tali tadi hancur..
2)masukkan gula dan biar gula kacau sebati dan biarkan gula larut
3)akhir sekali masukkan pewarna merah secukupnya..kacau sebati n masak kejap je n tutup api..
4)tapis adunan agar2 tadi dan masukkan kedalam loyang/bekas yang sesuai..biarkan sekejap dan boleh lah  dimasukkan kedalam peti sejuk..agar cepat keras dan boleh dipotong..
5)enak dimakan sejuk2..


simple sangat nak buat....semua orang pon tau kot hehehe

~~~SELAMAT MENCUBA~~~



2
musim-musim raya dan rumah terbuka ni, 
mesti ramai yang tak pasti apa menu 
yang akan dihidangkan kepada para tetamu..

apa kata cuba menu agar-agar merah berlaici ni...
agar-agar ni sangat mudah dibuat
akak ambik idea dari rancangan masakan
5 rencah 5 rasa..
tapi akak ubahsuai ikut selera akak

bahan-bahan:
2 paket agar-agar 25 g
1 tin susu cair
1 tin laici
gula pasir
pewarna merah
sehelai daun pandan

cara nak buat..
bahan A
1. masak 1 paket agar-agar bersama 1000ml air sehingga semua agar-agar hancur
2. sementara itu blend laici(buah je)  bersama 1 tin susu cair
3. masukkan gula pasir secukup rasa
4. masukkan laici yg telah dikisar tadi ke dalam agar-agar yang dimasak..
5. setelah mendidih, tuang ke dalam loyang dan sejukkan hingga keras.
bahan B
6. kemudian untuk agar-agar merah... masak 1 paket bersama 1400ml air hingga hancur..
7. masukkan daun pandan dan gula secukup rasa.

8. Agar-agar bahan A yang telah keras tadi dipotong-potong dan disusun di dalam bekas
9. Tuangkan agar-agar bahan B ke atas agar-agar bahan A dan biarkan sejuk
10. selepas tu boleh dipotong dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...